Betulkah Aliran Asyairah Pendiri ASWJ?

Athar-athar telah membuktikan bahwa istilah ASWJ telah ada sebelum kedatangan firqah Asyairah yang selalu mengaku bahwa istilah ini datang dari mereka. Penamaan ini telah digunakan sejak zaman salaf.

 

Athar ini dikeluarkan oleh imam al Lalakaie rhm dengan bersanad:

Abdullah bin Abbas(w.68.H) berkata, “Yakni pada hari kiamat, ketika menjadi putih wajah-wajah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Dan menjadi hitam wajah-wajah ahli bidaah dan perpecahan.”

 

Riwayat imam Muslim di dalam muqaddimah Sahihnya, dari Ibn Sirin (w.110.h), pada mulanya tidak ditanya sanad, akan tetapi apabila fitnah terjadi, ditanya nama periwayat, ketika mereka dikalangan ahl sunnah, diambil hadisnya dan ketika mereka kalangan ahl bid’ah, di tinggalkan hadisnya.

 

Ayyub al Sikhtiyani (w.131.h) : Apabila aku dikhabarkan tentang meninggalnya seorang dari ahli sunnah seolah-olah hilang satu anggota tubuhku…”

 

Sufyan al Tauri (w.161.h) “aku wasiatkan kalian untuk tetap berpegang kpd ahl sunnah dengan baik, kerana mereka adalah al -ghuraba. Alangkah sedikitnya Ahl sunnah wal Jamaah”

 

Imam Ahmad bin Hanbal (w.241.h) berkata dlm muqaddimah kitabnya al Sunnah, “inilah mazhab ahl ilmi, ashabul athar dan ahl sunnah, yang mereka dikenali sebagai pengikut sunnah rasul s.a.w dan para sahabahnya, dari sejak zaman para sahabat r.a hingga pada masa sekaran ini.

Sumber: Beza manhaj ‘ASWJ’ versi tradisionalis dengan versi salafi

Comments

comments

Share Button
(Visited 155 times, 1 visits today)